Archive for Bab 06 : Penggunaan Bahan-bahan 2D dan 3D

Bab 6 : Bahan 3D

Bahan 3D atau 3 dimensi ialah bahan-bahan yang mempunyai dimensi panjang, dimensi tinggi dan dimensi lebar. Bahan 3 dimensi mempunyai bentuk menyerupai bentuk sebenar sesuatu objek yang juga dikenali sebagai bentuk 3 dimensi sebenar. Penggunaan bahan-bahan 3 dimensi dalam pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan berbanding dengan penggunaan bahan-bahan 2 dimensi.

:: Jenis-jenis Bahan 3D ::

1. Boneka
2. Model
3. Relia
4. Diorama
5. Mobail
6. Topeng
7. Akuarium

 

1. Boneka

~ boleh dihasilkan dengan menggunakan kain, kertas, kayu, plastik dan sebagainya ~

~contoh boneka : boneka sarung tangan, boneka tali, boneka lidi, boneka wayang kulit ~

2. Model

~ dibina berasaskan bentuk asal ~

3. Relia

~ bahan-bahan maujud atau sebenar ~

~ 3 jenis : Relia asli, Relia awet, Spesimen ~

4. Diorama

~ memaparkan sesuatu peristiwa atau gambaran sebenar dalam sebuah kotak kecil yang berlatar belakang sebuah lukisan latar ~

~model-model dalam kotak disusun mengikut jalan cerita dan peristiwa ~

5. Mobail

~ digantung tinggi ~

~ mempunyai maklumat seperti gambar atau tulisan ~

6. Topeng

~ diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach ~

~ digunakan dalam lakonan ~

7. Akuarium

~ bekas atau tempat di mana hidupan air dipelihara ~

Bab 6 : Bahan 2D

Bahan 2D atau 2 dimensi ialah bahan-bahan visual yang dihasilkan di atas satu permukaan yang rata. Bentuk 2 dimensi mempunyai dimensi lebar dan dimensi panjang. Bahan 2 dimensi boleh dihasilkan di atas permukaan kain, kertas, kaca dan sebagainya. 

:: Jenis-jenis Bahan 2D ::

1. Lukisan
2. Gambar Foto
3. Carta
4. Poster
5. Kad Imbasan

1. Lukisan

~ lakaran idea manusia yang disampaikan dalam bentuk komunikasi visual ~

~lukisan mesti tepat, jelas dan memberi makan kepada murid supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai~

2. Gambar Foto

~ dihasilkan melalui rakaman dengan kamera ~

~ dapat menyelesaikan masalah konsep-konsep abstrak kepada nyata ~

3. Carta

~ carta organisasi ~

~carta jadual ~

~carta urutan ~

4. Poster

~ lukisan yang menggabungkan penggunaan ilustrasi dan muka taip yang dipersembahkan sebagai satu alat komunikasi visual ~

5. Kad Imbasan

~ digunakan sebagai tugasan aktiviti dalam bilik darjah ~