Archive for Bab 03 : Media Pengajaran

Bab 3 : Jenis dan Klasifikasi Media

..JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA..

Picture1

Klasifiikasi media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman(1937). Ia berasaskan kepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar terletak pada tahap realismenya.

Semakin realistik sesuatu bahan, semakin tinggilah nilainya kepada pembelajaran.

Hieraki realisme – bermula daripada konkrit (situasi sebenar) kepada abstrak (perkataan).

Picture4

Picture3

Picture2

Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu:

  • Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem)
  • Media tayang gerak (video, filem, cakera)
  • Grafik (lukisan, poster, kartun)
  • Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad)
  • Media pameran (model, boneka, diorama)
  • Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita)
  • Media audio (tutur, pita audio, cakera padat)
  • Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah)
  • Published in: Bab 03 : Media Pengajaran on 14/07/2011 at1:06 am Comments (1)

    Bab 3 : Fungsi Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    ..FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN..

    Fungsi media ialah untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan dua jenis maklumat ini.

    :: Fungsi-fungsi lain ::

    Pengajaran bersama pengajar =

    - Ia membantu pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung. Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri.

    - Contohnya, guru menggunakan muzik, carta, gambar rajah dan sebagainya.


    Pengajaran Tanpa Bergantung kepada Pengajar =

    - Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan.

    - Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Dengan cara ini, guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.

    - Contohnya, pelajar boleh mempelajari kejadian gempa bumi melalui tayangan video dan seterusnya diberi latihan untuk menjawab.


    Folio Bermedia =

    Folio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristiwa dan proses dalam satu tempoh waktu.

    Folio biasanya merangkumi artifaks seperti buku bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar.

    - Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus dan membentang hasil fikiran mereka.

    - Pembelajaran ini juga dikenali sebagai pembelajaran “dengan” media (learning with media) yang didapati berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai pereka media, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentaksir maklumat, menyusun maklumat yang ada dan menyampaikan maklumat itu kepada orang lain.


    Pengajaran Tematik =

    Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh guru. Ia bermula daripada perkongsian pengalaman yang diikuti dengan perkongsian kepakaran. Suatu laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas.

    - Contohnya, lawatan ke tempat bersejarah, industri tempatan dan sebagainya.


    Pendidikan jarak jauh =

    Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang.

    - Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya.

    - Ruang berbual, papan bulletin dan listsery turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.


    Pendidikan bagi pelajar istimewa =

    Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang kurang berupaya.

    - Bagi pelajar pintar, mereka disediakan dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk kepintaran yang ada.

    Manakala bagi pelajar pekak, teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka seperti alat-alat bantu dengar.

    Published in: Bab 03 : Media Pengajaran on at1:04 am Comments (0)

    Bab 3 : Konsep Media Pengajaran

    ..KONSEP MEDIA PENGAJARAN..

    Percival & Elington (1984)

    1. Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan.

    - perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slide dan kombinasi di antaranya.

    2. Pelbagai Saluran Komunikasi Massa.

    - surat khabar, radio dan televisyen

    Reiser & Gagne (1983);

    Sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan.

    - guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slide bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej.

    Torkelson (1972)

    Membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.

    Picture3

    Picture1

    Picture2

    Published in: Bab 03 : Media Pengajaran on at12:59 am Comments (0)

    Bab 3 : Media Pengajaran

    Media pengajaran merupakan domain utama dalam bidang teknologi pengajaran.

    Media pengajaran ialah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, minat seterusnya terjadinya proses pembelajaran.


    ..KELEBIHAN MEDIA PENGAJARAN..

    1. Memperjelaskan penyampaian mesej

    - perkataan disertakan gambar, animasi, bunyi dan muzik disertakan.

    2. Mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera

    - objek yang terlalu besar atau kecil dapat digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
    - Gerak yang terlalu lambat atau cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high speed photography
    - kejadian masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto.
    - objek yang terlalu komplek seperti mesin dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah atau lain-lain.
    - konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

    3. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi

    - dapat mengatasi sikap pasif pelajar
    - timbulkan minat , meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti.
    - pelajar boleh belajar sendirian (bebas medan) mengikut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

    4. Pengalaman dan persepsi yang sama

    - belajar secara berulang bantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.
    - mengelakkan kesulitan kepada kaum guru dalam menghadapi sukatan kurikulum yang sering berubah-ubah.

    ————————————————————–

    :: untuk maklumat lanjut ::

    aaboyreading

    Published in: Bab 03 : Media Pengajaran on 12/07/2011 at10:45 pm Comments Off